Sementara frukos yang diserap lebih perlahan sekali gus mampu memberikan tenaga yang diperlukan.Pengambilan madu dikatakan mampu mengurangkan rasa lesu dan memberi tenaga yang diperlukan sewaktu menjalani ibadah puasa.
Madu telah digunakan sejak zaman kuno sebagai makanan dan juga ubat.Apiculture atau pemeliharaan lebah untuk menghasilkan madu,telah mula diperkenalkan sekurang kurangnya pada 700 BC.Sejak berkurun lamanya,madu telah dianggap suci berikutan dengan sifat-sifatnya manis serta jarang untuk didapati.
Biasanya madu digunakan dalam upahan cara keagamaan untuk dipersembahkan kepada dewa,dan untuk tujuan pengawetan.Madu juga telah digunakan untuk tujuan perubatan dan kosmetik.Mengikut sejarah,pengunaan madu dalam makanan hanya dikhaskan untuk orang kaya,kerana ia amat mahal dan hanya orang kaya sahaja yang mampu memilikinya.
Madu adalah pemanis tertua di dunia.Ia boleh menjadi pengganti kepada gula dalam minuman dan makanan.Madu terdiri daripada gula seperti glukosa dan fruktosa dan mineral seperti vitamin B1,B2,C,B6,B5 dan B3.Selain itu,terdapat juga jumlah kecil unsur tembaga,iodin dan zink dalam madu.Beberapa jenis hormon juga dikatakan turut terdapat dalam madu.
Dikenali sebagai ''honey"oleh masyarakat barat,salah satu kualiti madu adalah apabila dibandingkan dengan gula dalam jumlah yang sama,dikatakan madu memberi kira-kira 40 peratus kurang kalori kepada tubuh.Walaupun ia memberi tenaga yang bagus kepada tubuh,madu dikatakan tidak menaikkan berat badan.
Apabila anda meminum madu dan kemudiannya meminum air pada waktu yang sama,dikatakan madu tersebar dengan muda ke dalam aliran darah dalam masa 7 minit.Molekulnya yang bebas gula dikatakan mampu menjadikan otak berfungsi dengan baik sekaligus mengurangkan kelesuan.Ini adalah kerana otak merupakan pengguna gula paling banyak.
MERANSANG SISTEM IMUM
Kebaikan madu yang paling mengagumkan adalah ia mampu merangsangkan sistem imun tubuh.Sifat-sifat antioksiden dan antibakteria dalam madu dikatakan mampu memperbaiki sistem pecernaan dan membantu diri kekal sihat dan menentang penyakit.Madu yang dicampur dengan air dikatakan mampu membantu mengurangkan sakit perut dan dehidrasi.
Adalah tidak salah untuk memulakan hari anda dengan tonik pencuci ini jika anda mahu mendapat kebaikan kesihatan madu.Dikatakan sebelum sarapan,anda boleh menambah madu dan jus lemon ke dalam cawan berisi air suam sebelum meminumnya.
Madu dikatakan turut mempunyai kelebihan kepada kulit.Ia mempunyai kebolehan untuk menarik air.Anda dikatakan boleh mengunkan madu topeng alpha hydroxy kerana kandungan tinggi asidnya.Madu dikatakan selamat untuk kulit sensetif.Selain digunkan sebagai topeng untuk kulit,ia juga boleh digunakan pada rambut.Untuk menggunakan sebagai pelembap,anda boleh mencampurkan madu dengan minyak zaitun sebelum disapu pada rambut.
Jika anda mengalami sakit tekak,masalah ini mampu dikurangkan dengan mengambil madu.Dikatakan madu memiliki kesan anti-radang semula jadi dan mampu membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat.Ia juga turut mempunyai fito-kimia berbeza yang boleh membunuh virus,bakteria dan kulat yang menjadikan ia pengganti baik untuk memcuci luka.Rasanya yang sedap juga boleh membunuh virus,bakteria dan kulat yang menjadikan ia penganti baik untuk mencuci luka.Rasanya sedap juga boleh membuatkan anda lupa akan rasa sakit.
Madu juga antisepik semulajadi.Dikatakan dengan menyapu madu pada luka,anda dapat mencegah jangkitan.Dikatakan kesan terbakar juga amat mudah disembuhkan dengan menggunakan madu.Kelebihan madu bukan setakat mencegah jangkitan daripada berlaku,tetapi ia mempercepatkan menyembuhan kulit.Ini adalah kerana apabila gula dalam madu menyerap dalam air,ia sekali gus memerangkap kelembapan agar bakteria dan mikrob lain tidak membesar dengan mudah.
Madu juga menyokonng pembentukan darah.Ini adalah kerana madu menyediakan bahagian penting tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk pembentukan darah.Ia juga mampu membersihkan darah,mengawal dan memudahkan pengedaran darah,mengawal dan memudahkan pengedaran darah.Ia juga berfungsi sebagai perlindungan terhadap masalah kapilari dan anteriosklerosis.
No comments:
Post a Comment